Ally Iskandar atau
nama penuhnya Ally Iskandar Mohd Mardzi merupakan seorang pengacara dan
penerbit di Malaysia. Wajahnya yang ‘Baby Face’ siapa sangka dia sudah
berumur 36 tahun tahun ini. Dilahirkan pada 13 Januari 1976 di Kuala
Lumpur dan dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu serta menetap di
Petaling Jaya, Selangor. Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik
beradik sudah memang sesuai untuk dia dipunyai atau mempunyai.
Pemegang ijazah
Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The
Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat juga pengacara MHI
(Malaysia Hari Ini) di TV3 ini sangat berahsia tentang kisah hatinya.
Tiba-tiba sahaja kami mendapat perkhabaran beliau bakal berumahtangga
20hb Januari nanti. Dengan siapa lagikan, kalau bukan si dia yang pernah
digossipkan dengannya iaitu Fatin Farah Lee.
Mengambil keputusan terus bernikah tanpa melangsungkan majlis pertunangan pilihannya. Tidak mahu pisang berbuah dua kali atau mungkin juga sudah serik dengan nasib menimpa dirinya sebelum ini yang pernah putus tunang di tengah jalan.
Kami gembira dengan
khabar ini. Memang benarnya 2012 ini kita bakal dikejutkan dengan
perkahwinan selebriti tanahair tanpa henti. Wah! Tahniah kepada Ally
Iskandar pengacara hebat di Media Prima. Lebih hebat dari Fasha Sandha,
Ally. Ye la.. kan dulu pernah dikatakan lamaran Ally terhadap Fasha
Sandha ditolak Fasha dengan alasan Fasha hanya anggap kawan biasa ahaks.
Tak rugi pun Ally, tak dapat Fasha tu. You are ‘too good’ for her.
KREDIT: Maklumat.my