Hancur luluh hati bagi sesiapa sahaja yang menonton Melodi TV3 Ahad lalu mengenai seorang ibu dan juga seorang yang bergelar isteri datang ke Studio Melodi untuk menerangkan dan menjelaskan kedudukan sebenar akan kes Artis Hip Hop dan R&B (Suaminya) merogol anaknya.
Melihat
kepada kedudukan seorang ibu, ibu mana yang tak sedih apabila mengetahui
suaminya bertindak sedemikian rupa. Mengimbas kembali sedikit perbualannya
dengan wartawan Melodi.
Semalam Pemilik Blog The Plain Yard ada memberitahu bahawa TV3 ada mengulang siar rakaman mengenai perbualan dengan isteri Artis Hip Hop tersebut..apa yang dia (Yazid Yahya) boleh katakan..memang sedih bila tengok dan dengar pengakuan wanita berkenaan..
Semalam Pemilik Blog The Plain Yard ada memberitahu bahawa TV3 ada mengulang siar rakaman mengenai perbualan dengan isteri Artis Hip Hop tersebut..apa yang dia (Yazid Yahya) boleh katakan..memang sedih bila tengok dan dengar pengakuan wanita berkenaan..
Dipendekkan cerita….
Dia amat
terkejut apabila dihubungi polis, dan diberitahu yang anaknya itu telah
melaporkan yang dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun,
dengan kejadian terakhir berlaku pada 9 Februari.
Beliau
berkata pada waktu dia dipanggil polis, dia sedang bekerja. Setelah sampai ke
balai polis, dia melalui beberapa prosedur dan hasil pemeriksaan mendapati
terdapat kesan rogol lama dan baru pada anaknya. Beliau bertanya kepada anaknya
kenapa tidak beritahu semasa ditanya sebelum ini, anak itu menjawab yang dia
tahu ibunya syak sesuatu, tetapi dia tidak memberitahu kerana tidak mahu ibunya
kecewa, disebabkan suspek ialah suaminya.
Ketika
ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik
sebagai berkata:
Ketika
ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim.
Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan
terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya.
Dia turut memberitahu yang anaknya telah menulis
deskripsi bagaimana dia dirogol dengan kasar, dan apa yang menyedihkan ialah
ibu mangsa berkata dia berasa kasihan pada anaknya kerana boleh membayangkan
perlakuan tersebut - dia juga diperlakukan sama oleh suaminya.
Turut
menambah, kesan terhadap pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia
pergi. Dia menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya,
tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.
Tuhan
saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana.
1. Wan Shades: Itu Bukan Saya
2. Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri?
3. Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri? - Edisi Susulan Kes Rogol!
4. Penyanyi Hip Hop dan Pelakon Filem Malaysia ditangkap kerana rogol anak!
5. Artis Hip Hop Yang Didakwa Merogol Anak Tirinya Dengar Khabar Dibebaskan!
6. Isu Artis Hip Hop Rogol Anak: Ibu Tidak Tahu Anaknya Dirogol Suami Sendiri - Penjelasan Eksklusif! (TERKINI)
7. Bagaimana Anak Tiri Artis Hip Hop Merogolnya dengan Kasar - Serius Sadis! (TERKINI)
P/s Bagaimana manusia
bertopengkan syatan ini boleh dilepaskan dengan jaminan polis? Adakah kerana
dia artis dan sebab itulah artis tersebut terlepas? Kenapa setiap kali kejadian
rogol yang melibatkan pelakunya orang-orang biasa (bukan artis) ditangkap dan
kemudiannya dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara? Tapi Artis Hip Hop ini
dilepaskan dengan jaminan polis? Ape ke bengapnya undang-undang macam ni..kenapa
tidak didedahkan saja nama Artis tersebut? Biar menjadi pengajaran kepada semua
artis dan sesiapa jua..