Betol-betol Hangat! Hiddink sedia pulang ke Chelsea

Oleh Kaki Wayang on

 
Berita baik kepada semua peminat pasukan Chelsea..kemungkinan besar pada musim akan datang pasukan anda mungkin mampu untuk memenangi pelbagai piala yang dipertandingkan termasuk Juara Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-juara Eropah dan mungkin Juara Kelab FIFA seandainya Guus Hiddink kembali semula ke pangkuan Chelsea.
Namun Hiddink menjelaskan masih belum ada tawaran secara rasmi dari Chelsea untuk membolehkan beliau kembali menerajui Chelsea selepas kali terakhir pada tahun 2009

Hiddink pernah menghabiskan tempoh lima bulan melatih Chelsea selepas kelab itu memecat Phil Scolari. Dalam tempoh yang singkat, dia berjaya membawa The Blues menjulang Piala FA pada 2009 selepas mengalahkan Everton di final. 

P/s Betol-betol Hangat! sangat meminati Guus Hiddink, namun BBH tak minat Chelsea..apapun BBH tetap sokong Guus Hiddink dan psukan kegemaran BBH adalah Manchester United.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...