Edisi Hangat! Safee kekal di Pelita Jaya, kontrak RM2 juta!

Oleh Kaki Wayang on



CAKAPLAH apa sekalipun, penyerang handalan Harimau Malaya, Safee Sali tetap menyambung kontraknya bersama kelab Pelita Jaya selama dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Perkara ini disahkan sendiri pengurus peribadi Safee di Indonesia, Zakaria Abdul Rahim.

Pengumuman rasmi itu sekali gus menamatkan spekulasi beberapa pasukan tempatan yang turut mahukan khidmatnya serta dikaitkan dengan kelab di Eropah.

“Keputusan Safee untuk kekal di Pelita  Jaya adalah berdasarkan faktor umur. Lagipun peluang dia bermain dalam pasukan utama Pelita lebih cerah dan mampu meningkatkan lagi tahap permainannya berbanding jika dia mewakili kelab lain.

“Mungkin dia hanya diletakkan dalam bangku simpanan atau lebih buruk lagi, diletakkan di pasukan liga simpanan kelab,” katanya mengakui Safee menerima lebih RM2 juta selama dua tahun termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Dalam pada itu, Safee bersedia menyarung jersi kebangsaan selagi khidmatnya diperlukan.

Difahamkan, Safee juga mendapat tawaran dari pemilik Cardiff City FC tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...