Edisi Sentap! Kenyataan Anwar sokong Israel amat memalukan!

Oleh Kaki Wayang on

Kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel adalah amat dikesali dan memalukan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk SeriMustapa Mohamed.

Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara Islam amat bersimpati dengan rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis dan dasar luar Malaysia adalah jelas iaitu menentang kekejaman dan kekerasan.

"Jadi kita harap rakyat Malaysia membuat penilaian tentang politik pemimpin ini yang sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih sokongan pihak tertentu," katanya di sini hari ini.

Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel ketika beliau ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

"Kita mengakui perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan yang benar dan betul, kita tahu mereka ditindas dan dizalimi oleh Israel," kata Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli.
 
Beliau berkata, dasar luar negara ini sudah terbukti membawa banyak faedah kepada negara, bagaimanapun dasar tersebut akan berubah sekiranya pembangkang memerintah.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...