Edisi Hangat! Umur 23 tahun dapat tawaran sambung PhD!

Oleh Kaki Wayang on

Walaupun usianya baru mencecah 23 tahun, Nurliyana Mohd Yuosf, dari Kampung Charuk Semeliang, mukim Siong mengejutkan seluruh penduduk kampungnya setelah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam ­bidang ekonomi.

Anak kedua pasangan Mohd Yusof Hussin, 49, dan Norsiha Amir, 48, cemerlang dalam akademik dan kokurikulumnya membuatkannya terpilih untuk mengikuti ­pengajian peringkat PhD.

Nurliyana berkata, tawaran itu adalah hadiah paling bernilai kepadanya dan keluarga untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup serba sederhana.

“Tawaran ini akan digunakan sebaik-baiknya. Saya ­tidak menyangka akan terpilih untuk melanjutkan pengajian setinggi ini,” katanya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UUM itu turut berbakti kepada penduduk kampungnya dengan menganjurkan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

“Ilmu yang dimiliki adalah untuk disampaikan kepada orang lain. Jadi, sesuai saya membantu penduduk kampung ini dalam pelajaran mereka. Kini, saya perlu menyambung pelajaran. Sekiranya tamat pengajian kelak, saya ­terus membantu mereka yang memerlukan terutama dalam pelajaran,” katanya kepada Sinar Harian.

Nurliyana yang bercita-cita menjadi penganalisis ­ekonomi itu tidak pernah menjadikan kekangan hidup sebagai halangan kepadanya.

“Bagi saya, tumpuan dan latihan adalah perkara yang paling penting. Usaha dan doa kita akan mendapat hasil yang setimpal,” katanya.

Kejayaan anak muda ini mendapat perhatian Penyela­ras Parlimen Baling, Datuk ­Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Secara peribadi, saya berbangga dengan kejayaan Nurliyana yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat PhD walaupun umurnya baru mencecah 23 tahun dan masih muda,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...