Edisi Sentap! Atlet Ambil Dadah, Memalukan Negara!

Oleh Kaki Wayang on


IMEJ sukan negara ‘tercalar’ selepas dua atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia tahun lalu. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek antara individu yang berasa kecewa dengan tindakan atlet yang disahkan positif ujian doping itu.

Ahmad Shabery berkata, perbuatan mengambil bahan larangan itu telah memberikan kesan buruk kepada imej sukan negara.

“Saya amat dukacita terutamanya setelah memberi penghargaan pada majlis Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) lalu. “Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mengalungkan pingat kepada mereka tetapi perbuatan ini nyata memalukan negara.

Dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan SEA 2011 menerusi acara 4x400m dan angkat berat didapati positif ujian doping.


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...