Edisi Sentap! Carlos Tevez Sentap Roberto Mancini Layan dirinya seperti anjing!

Oleh Kaki Wayang on

 
 
Carlos Tevez mendakwa Pengurus Manchester City, Roberto Mancini melayannya "seperti anjing" dalam insiden yang menyebabkan penyerang Argentina itu meninggalkan daripada pasukannya yang kini mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tevez berkata, Mancini adalah seorang yang bengis dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya ketika tewas kepada Bayern Munich dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Liga Juara-Juara Eropah, September lalu. 
 
Ia berikutan keengganan Tevez untuk bersiap sedia dari bangku simpanan. Susulan kejadian itu, Tevez tidak beraksi untuk City sejak 27 September, tetapi kembali ke kelabnya hari ini sebagai usaha memulihkan karier beliau selepas digantung lebih tiga bulan.

Sementara itu, Mancini menyatakan kesediaan untuk berdamai dengan Tevez selepas bekas penyerang Manchester United itu memohon maaf kepada pengurusnya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...