Edisi Sentap! Pensyarah Matematik didakwa rasuah RM300!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di sini direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed pada pukul 11 pagi semalam.

Pada 2 petang kelmarin, pensyarah mata pelajaran Matematik itu ditahan SPRM di kolej berkenaan ketika menerima wang RM300 daripada seorang penuntut bagi membolehkan pelajar itu lulus dalam satu tugasan bagi tujuan peperiksaan.

Pensyarah lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan dipercayai akan ada lagi penuntut tampil memberikan maklumat di samping kerjasama penuh diberikan pihak pengurusan kolej itu.

Difahamkan pensyarah berkenaan menjadikan penuntut yang lemah dalam pengajian mereka sebagai mangsa. Pengarah SPRM Perak, Nooraziah Abdul Manaf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...