Edisi Sukan! AC Milan benam Arsenal 4-0!

Oleh Kaki Wayang on



Kelab gergasi Itali, AC Milan menghampiri saingan ke suku akhir Juara-Juara Eropah apabila membenam kelab Inggeris, Arsenal 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua di San Siro, awal pagi tadi.

Gol disumbangkan oleh Kevin-Prince Boateng pada minit ke-15, dua lagi menerusi Robinho pada minit ke-38 dan minit ke-9 manakala penalti Zlatan Ibrahimovic melengkapkan kemenangan bergaya Milan untuk gol keempat pada minit ke-79. 

Ini bermakna pada perlawanan kedua nanti di Stadium Emirates dalam masa tiga minggu lagi, kehadiran Milan hanya sebagai memenuhi syarat pertandingan sahaja. Malah, kehadiran Thierry Henry untuk aksi terakhirnya sebelum kembali ke New York Red Bulls gagal mencetuskan inspirasi kepada anak buah Arsene Wenger.

“Kami seolah-olah tidak berada di padang. Aksi kami amat teruk sama ada di bahagian serangan atau pertahanan.

"Ia amat memilukan apabila kelemahan di mana-mana saja. Ia adalah persembahan terburuk kami di Eropah setakat ini," kata Wenger.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...