Edisi Terkini! Dua suspek kes simbah asid ditahan!

Oleh Kaki Wayang on

Polis menahan dua lelaki berusia 32 dan 39 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua sahabat disimbah asid ketika sedang tidur di sebuah rumah sewa di Kampung Padang, Merchang, Marang, kelmarin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata dua lelaki terbabit yang masing-masing seorang nelayan dan penganggur ditahan di rumah mereka di Kampung Padang Rusa dan Kampung Padang Merchang jam 7.30 malam untuk membantu siasatan. 
 
Katanya, hasil maklumat awam, kedua-dua suspek pernah bertengkar dengan mangsa, Shahrulzaman Salim, 38, yang juga seorang nelayan, tetapi buat masa ini polis masih belum mengetahui motif kejadian sehingga siasatan lengkap diperoleh.

“Polis tidak menolak kemungkinan kejadian simbahan asid yang menyebabkan dua rakan melecur di muka dan badan dalam kejadian di sebuah rumah bujang awal pagi kelmarin bermotifkan cemburu berdasarkan siasatan awal setakat ini,” katanya tidak mendedahkan maklumat lanjut ketika ditemui di sini semalam.

Manoharan berkata, polis sudah mendapat perintah menahan reman kedua-dua suspek selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Kita akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka, begitu juga dengan kedua-dua mangsa yang kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan nasib malang dua sahabat yang cedera selepas dipercayai disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang, awal pagi kelmarin.

Kejadian jam 5.10 pagi itu menyebabkan Mohd Fadzil Hanafi Idrus, 18, yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala Shahrulzaman melecur di muka dan badan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...