GAMBAR
yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang budak
lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.
CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.
Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari..
Gambar
yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang
budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat
meletakkan komputer riba di atas pahanya.
Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.
Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.
Kesan Untuk Lelaki
Walaupun
makin banyak teknologi yang di cipta bagi mengganti laptop seperti iPad
dan lambakkan berbagai jenis smartphone, penggunaan laptop tetap
menjadi pilihan sebahagian besar penghuni dunia.
Penggunaannya yang sangat ‘mobile’ merupakan faktor yang mendorong ramai memilikinya bagi menggantikan ‘desktop’.
Malangnya
laptop ini sebenarnya mendatangkan sedikit masalah kepada kaum lelaki.
Menurut sumber yang diperolehi di jurnal Fertility and Sterility,
Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin:
1.
Satu kajian telah dibuat ke atas 29 pengguna laptop yang menggunakannya
dengan meletakkan laptop tersebut di atas riba (dalam keadaan duduk)
mendapati skrotum mereka telah memanas dengan cepat. Dalam 10-15 minit
yang pertama, suhu pada skrotum mereka telah meningkat naik, dan yang
malangnya pengguna tersebut tidak dapat merasakannya. Perkara ini amat
merunsingkan.
Apakah itu skrotum?
Skrotum
adalah organ atau bahagian lelaki yang terletak di belakang zakar.
Skrotum ini adalah sarung bekas yang mengandungi testiskel, salur darah
dan saraf sperma.
2. Walaupun
tiada bukti kukuh yang mengesahkan laptop ini akan menggugat kesuburan
lelaki, tetapi dalam kajian awal telah menunjukkan bahawa pemanasan
skrotum walaupun melebihi 1 darjah Celsius sudah cukup untuk merosakkan
kualiti sperma.
3. Dalam ujian yang dijalankan,
sekiranya kita meletakkan laptop ini di atas peha, pastinya lutut perlu
dirapatkan dan selepas penggunaan selama sejam, suhu skrotum didapati
telah meningkat naik kepada 2.5 darjah Celsius. Penggunaan ‘pad’ ataupun
bantal di bawah laptop bagi tujuan penyejukan juga tidak membantu untuk
menurunkan suhu panas ini.
4. Oleh itu, bagi
semua pengguna laptop lelaki adalah dinasihatkan untuk mengelakkan
penggunaan laptop di atas riba dan gunakanlah meja. Sekurang-kurangnya
kita bertindak mencegah risiko masalah kesuburanpada diri kita dan
makanlah makanan yang sihat serta bersenamlah selalu.