Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari
Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi apabila membebaskan bekas
majikannya itu daripada tuduhan kes liwat yang dibuatnya tiga tahun lalu.
” Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn
ketentuaNya. Akn trs tenang, doa, istiqamah & sabar. Illahi Antal
Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” katanya dalam twitter miliknya.
Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua
tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos
2008.
Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran
pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali
penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah.
Mohd. Saiful Bukhari dalam blognya turut mengucapkan terima kasih di
atas doa dan sokongan rakyat Malaysia terhadapnya sebelum ini. Dia juga
meminta semua terus berdoa agar kebenaran membabitkan kes itu muncul.
Dia turut menyelitkan sepotong ayat Al-Quran;
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah
diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” (At-Taubah 9:129)
Mohd. Saiful Bukhari turut menulis – Yang pasti, jika diambil nyawa,
akan pergi dengan tenang, tiada lagi berhutang “Kebenaran” dengan
sesiapa.
Dia dijangka mengulas keputusan mahkamah dalam blognya dalam masa terdekat.
Kredit: MyNewsHub
Kredit: MyNewsHub