Pertama: Tekanan
i.
Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat
tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan
sedikit agresif)
ii.
Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan
lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat
dan mudah sakit)
Kedua: Bentuk Tulisan
i.
Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih
penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak
kreatif)
ii.
Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
(tajam)
(Rasional, berkerja dgn
sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak
logikal)
Ketiga: Kecondongan
i.
Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita, berkongsi
maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah
menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii.
Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan rahsia,
agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi
dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii.
Tegak
Systematik, mudah kawal diri,
suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka
gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv.
Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang
belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat: Kerapatan
i.
Jarang-jarang
Tak suka campur gaul dengan
orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii.
Rapat-rapat
Suka campur orang, amat
bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z
i.
Ada ekor
a)
Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu
jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan
tahap kerajinan
b)
Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi,
kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak
dalam diri
Keenam: Pada palang huruf
kecil T (t)
i.
Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii.
Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita
rendah
iii.
Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di
tahap sederhana
Rumusan:
Tulisan dapat mencerminkan
peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan
Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.
P/s: Saya pernah bertemu dan pernah mengikuti Dato Fadzillah Kamsah punyer ceramah..dan apa yang dikatakan mengenai tulisan saya ada benarnya..