Kan comel kalau Tasha Shila pakai tudung, Konfem "saham" dia tak jatuh
Tasha
Shilla berkata, meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya berikutan
kunjungannya ke kelab malam, namun semua itu tidak akan mengubah dirinya
daripada terus mengunjungi tempat huburan berkenaan.
"Saya
ke sana bersebab dan bukan selalu ke sana. Saya ke sana untuk meraikan hari
lahir saya atau kawan-kawan. Meskipun pelbagai cerita buruk dijaja berikutan
kunjungan saya ke sana namun semua itu, tidak akan membuatkan saya mengambil
keputusan untuk tidak ke sana lagi.
-
Tasha Shila
Begitulah ungkapan artis beragama Islam yang
mendakwa dirinya masih waras..kadang-kadang ramai dan kebanyakan artis bila
menjawab soalan wartawan, mereka akan nampak seperti sangat “rasa bersalah” dan
ketakutan serta gelabah pada raut wajah mereka..kerana mereka sebenarnya memang
bersalah..
Sebagai artis sudah seharusnya menjadi panduan
dan teladan yang baik kepada masyarakat sekelilingnya..sepatutnya tidak akan
keluar perkataan dan ayat tersebut dari mulut seorang artis..
Lebih parah lagi bila artist/ sesiapa jua, kata macam
ni..(Tasha Shila tak kata macam ni ok – perumpamaan sajooo)..”Ko ingat orang
yang pergi ke Kelab Malam tu tak solat?” Ko ingat orang yang tak pakai tudung
tu tak solat dan tak baik?” Macam ni laaa..Orang yang beriman dan dapat
membezakan baik dan buruk sudah tentu tak kan pergi ke tempat-tempat macam
tu..dan sudah tentu dia tak kan tinggalkan solat..tetapi kalaupun manusia itu
solat tapi ke Kelab Malam.. dan Kelab Malam itu sebenarnya apa? Tempat yang
mengundang pelbagai maksiat..dah tentulah tak baik kan?..sekurang-kurangnya orang yang pakai tudung itu sudah menjalankan perintah Allah S.W.T dan menghalang dirinya untuk datang ke Kelab Malam..
Sebagai seorang penulis, aku ni sebenarnya
bukanlah sebaik alim ulama, para anbia’, para syuhada’..namun bagi orang Islam
dan beriman sudah tentu mereka mampu membezakan yang mana hak dan yang mana
bathil, yang mana baik dan yang mana buruk..Kelab Malam itu sahaja sudah
mengundang pelbagai bisikan syaitan di dalamnya..menyebutnya sebagai Kelab
Malam akan menyebabkan masyarakat berfikir dan mengata yang..”eh, dalam tu
mesti banyak maksiat kan..mesti ada botol arak kan..mesti diorang minum kan”..secara
tak langsung mengundang kepada fitnah..
Untuk mengelak dari orang berkata mudah saja..tak
yah dah pegi ke tempat-tempat macam tu..kita faham yang ramai remaja masih muda
dan berdarah muda..keinginan ke tempat itu membuak-buak..namun, apa faedah yang
kita dapat bila ke sana? Keseronokan? Selama mana kita mampu kecapi keseronokan
itu?
P/s: Sama-samalah kita muhasabah diri..yer..yang baik
itu datang dari Allah S.W.T..dan yang buruk itu adalah kelemahan dari diri saya
sendiri..(dah macam penceramah bebas dah aku ni..) jangan terasa pulak yer..sekadar perkongsian muhasabah..