Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Pada ketika ini, jam sudah menunjukkan pukul
8.38..agak bosan untuk bekerja dalam situasi seperti ini..pelajar cuti semester
pendek menyebabkan suasana bekerja itu kurang..ibarat jurulatih handalan yang
tidak mempunyai pemain bolasepak..(erkk tak de kena mengena)
Entri kali ini, berkenaan dengan seorang wanita
yang bekerja sebagai pelayan dan kemudiannya terjerumus ke dalam kancah
pelacuran atas sebab-sebab desakan hidup..wanita berkenaan mengatakan bahawa
dia buat “perkara itu” atas sebab-sebab nak kumpul duit buat persediaan nak
kahwin tak lama lagi..
Ustaz Kaki Wayang (amin..)
nak tegaskan di sini..walau apa pun alasannya sekalipun, perbuatan wanita itu
melacurkan diri merupakan perbuatan yang ditegah dalam Islam. Pelacuran dalam Islam adalah haram hukumnya dan berdosa
besar.
Islam
juga melarang berkahwin dengan pelacur:
Dalam hal
ini ada suatu riwayat yang diceriterakan oleh Murtsid dari Abu Murtsid, bahwa
dia minta izin kepada Nabi untuk kahwin dengan pelacur yang telah dimulainya
perhubungan ini sejak zaman jahiliah, namanya: Anaq. Nabi tidak menjawabnya
sehingga turunlah ayat yang berbunyi:
Lelaki tukang zina tidak (boleh) kahwin, melainkan dengan perempuan
penzina dan musyrik, dan perempuan penzina tidak (boleh) kahwin,melainkan
dengan lelaki penzina atau musyrik.Yang demikian diharamkan atas orang-orang
mukmin.(Al-Quran Surah An-Nur:3)
Kemudian
Baginda bacakan ayat tersebut dan berkata:
"Jangan kamu kahwin dengan dia" (hadis riwayat Abu
Daud,An-Nasa'i dan Tarmizi)
Ikuti
kisahnya di sini…!
Seorang
pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja
di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal
berlangsung beberapa bulan lagi.
Alasan
itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian
(D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke
tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi
semalam. Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang
lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.
Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.
Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.
Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka.
“Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.
“Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras. “Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah,” katanya.