PERTAHANAN tengah Harimau Muda, Muslim Ahmad mengakui sedikit terkilan
apabila ada segelintir peminat menyalahkan dirinya di atas kekalahan 2-1
kepada Bahrain dalam perlawanan kelayakan Olimpik Kumpulan C di Manama,
Ahad lalu.
Pada perlawanan itu, skuad kendalian Ong Kim Swee hampir membawa
pulang mata pertama apabila Ahmad Hazwan Bakri menyamakan kedudukan
selepas ketinggalan 1-0, tetapi kesilapan barisan tengah yang membiarkan
lawan merampas bola berhampiran kotak penalti menyebabkan Bahrain
memastikan kemenangan.
Dua pertahanan, termasuk Muslim terjatuh apabila Husain Al-Farhan
yang merampas bola daripada pemain tengah, menggelecek dua pertahanan
sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che
Mat.
“Memang pertahanan sering disalahkan dalam situasi begini, tetapi bola sepak adalah permainan sepasukan dan kami sama-sama bertanggungjawab di atas padang,” kata Muslim mengenai gol kemenangan Bahrain yang dikatakan berpunca daripada kesilapannya.
“Saya memohon maaf jika kesilapan saya menyebabkan skuad negara tewas, tetapi saya bukan sengaja mahu terjatuh. Ketika itu saya sudah naik ke atas dan terpaksa berpatah balik dengan pantas untuk menutup ruang ketika lawan merampas bola.
“Permukaan padang licin juga antara punca saya terjatuh. Saya faham kekecewaan rakyat Malaysia tetapi kami lebih merasai kekecewaannya. “Walaupun peluang ke Olimpik sudah tertutup, baki dua perlawanan menentang Jepun dan Syria tetap akan kami hadapi dengan penuh semangat bagi mempertahankan maruah pasukan dan negara.”
Muslim akan bersama Terengganu sehingga 18 Februari ini sebelum dipanggil semula menyertai kem Ong Kim Swee menjelang pertemuan dengan Jepun, 22 Februari ini.