Betol-betol Hangat! Konsert AF9: Erul Tersingkir, 4 Lagi Ke Final

Oleh Kaki Wayang on

Konsert AF9: Erul Tersingkir, 4 Lagi Ke Final 
 
Impian Erul untuk melangkah ke final sekali gus bergelar juara terakhir Akademi Fantasia hancur apabila dia diumumkan sebagai pelajar terakhir yang tersingkir, sebentar tadi. Turut diumumkan pada malam Konsert Minggu Kesembilan AF9 ini, ialah 3 lagi pelajar iaitu Hazama, Lena dan Azri yang menyertai Fina sebagai finalis untuk konsert terakhir yang bakal berlangsung di Putrajaya, 12 Jun ini.

Pengumuman penyingkiran Erul dan senarai finalis AF9 diumumkan oleh hos, Aznil Haji Nawawi dalam konsert yang berlangsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil ini. Erul atau nama sebenarnya, Hairul Najmuddin Bin Abu Samah, 19, tersingkir selepas mendapat AFUNDI berbanding tiga rakannya yang lain. Dalam konsert ini, Erul menyampaikan lagu Nadiku nyanyian asal Sabhi Saddi.

Konsert pada malam ini menyaksikan Dato' Siti Nurhaliza hadir sebagai pengkritik jemputan serta membuat persembahan istimewa dengan laguDestinasi Cinta. Turut hadir sebagai jemputan khas ialah Monoloque yang bergandingan dengan FIna untuk lagu Kakanda Adinda. Dua lagu bonus minggu ini ialah Kalau Cinta nyanyian asal Aliff Aziz dan Joanna di pembukaan konsert dan di penghujung konsert pula lagu Never Say Never dari Justin Bieber.

Penyingkiran Erul bermakna jumlah finalis untuk tahun ini ialah 4 orang dan pada hari Ahad minggu hadapan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, keempat-empat finalis ini akan bersaing untuk merebut gelaran juara terakhir Akademi Fantasia.

Siapakah di antara Azri, Fina, Hazama dan Lena yang bakal bergelar juara AF9? AFUNDI anda yang bakal menentukannya.

Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999. Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

www.myobw.com said...

aSSalamualaikum, kaki wayang.. tumpang berteduh di blog kamu ye...


BLOG ANDA MENJADI SALAH 1 TERJAHAN OH! BLOGWALKING...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...