Betol-betol Hangat! Lionel Messi ditumbuk dimuka

Oleh Kaki Wayang on

http://4.bp.blogspot.com/-HQxc3p2SUM4/TemSsKolLmI/AAAAAAAABAo/V3wJwW1j_cA/s1600/Messi.jpg 

Seorang remaja melepaskan tumbukan ke muka Lionel Messi, semalam ketika bintang penyerang Barcelona itu melayan peminat di bandar kelahirannya di Argentina, kata saksi. Bintang penyerang Argentina terbabit terjatuh akibat tumbukan itu dalam insiden di bandar Rosario, kira-kira 300 kilometer ke utara Buenos Aires. Messi memberitahu media tempatan bahawa dia tidak merasakan apa-apa yang tidak bagus sebelum kejadian berlaku. 

Menurut saksi, penyerang itu datang bersama sekumpulan orang muda yang berkumpul untuk mendapatkan autograf dan dia pantas menarik penutup kepala sebelum melarikan diri sejurus selepas menumbuk Messi. Penduduk tempatan berkata, lelaki tersebut mungkin peminat kelab tempatan, Rosario Central iaitu pesaing utama Newell's Old Boys kelab yang pernah diwakili Messi sebelum berhijrah ke Sepanyol.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...