Edisi Informasi! Berpoligami Berlandaskan Nafsu atau Sunnah?

Oleh Kaki Wayang on


Berpoligami Berlandaskan Nafsu atau Sunnah?

Poligami merupakan satu sunnah Rasul yang paling di sukai oleh para suami. Islam mengharuskan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang untuk menambahkan zuriat dan mengelakkan daripadanya berlaku perbuatan maksiat. Had untuk seorang suami menambahkan bilangan isteri hanya empat orang saja.

Firman Allah S.W.T (Surah an-Nisa’ : Ayat 3 )

Maksudnya:Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat orang.Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja….

“Akibat poligami yang tidak mengikut syariat Allah: Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.Pembawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.

Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, sesiapa yang mempunyai dua orang isteri lalu memberi kepada seorang daripada kedua-duanya, dia akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dengan bahunya berat sebelah.( Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi )


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...