Edisi Ngeri! Wanita Asyik Makan Tengahari Dirompak!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang wanita berumur lingkungan lewat 20-an langsung tidak menyangka keasyikannya menikmati hidangan tengah hari di sebuah restoran dekat sini Khamis bertukar igauan ngeri apabila dia dirompak seorang lelaki menggunakan pisau.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika wanita berkenaan sedang makan bersama rakannya di sebuah meja berhampiran pintu masuk restoran itu apabila seorang lelaki muncul dan menepuk bahunya.

“Ketika mangsa baru hendak menoleh, lelaki berkenaan sudah mengacukan sebilah pisau pemotong sayur di kiri leher mangsa sebelum melarikan beg tangan wanita berkenaan,” kata lelaki itu kepada pemberita.

Menurut saksi, suspek melarikan diri ke arah perumahan setinggan berhampiran dan meninggalkan pisau yang digunakannya itu di restoran berkenaan.

Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya terkejut, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin ketika dihubungi berkata polis sudah menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...