Edisi Sentap! Lelaki Cium Ayam Hidup Dalam Tren Di Siasat!

Oleh Kaki Wayang on


Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.

Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu.

“Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu,” kata Kaiser kelmarin.

Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.
Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.

Kaiser berkata, penampilan lelaki itu menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.

Jurucakap Pengangkutan Awam Pusat Bandar New York, Charles Seaton berkata, tidak ada penumpang yang melaporkan kejadian itu.

Kaiser merakamkan video dan gambar lelaki itu dengan menggunakan gajet Blackberry dan menyiarkan di laman blognya.
 
Imej rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...