Edisi Hangat! Ini Cerita Sebenar Punca Leuniey Putus Tunang!

Oleh Kaki Wayang on

PENJELASAN...(dari kiri) Nazri, Leuniey dan  Noor Laila  tampil memberi penjelasan   berhubung isu putus tunang yang dikaitkan dengan Apek, semalam. 

Gadis yang didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, semalam tampil membuat penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu.

Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu. “Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, pertunangannya putus disebabkan masalah peribadi dan langsung tidak ada kena-mengena dengan Apek.

“Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya.

“Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini,” katanya.

Leuniey juga berharap pihak yang menyebar fitnah itu berhenti melakukannya kerana ia turut menjejaskan nama baiknya serta keluarga.
“Saya memutuskan ikatan pertunangan kerana menganggap kami sudah tiada jodoh,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia putus tunang dengan pasangannya.

Anak pertama daripada lima beradik itu berkata, pertunangannya diputuskan dengan cara baik, malah bapanya, Nazri Adnan, 40, sendiri yang menghantar kembali cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunang.

Katanya, dia terkilan dengan dakwaan pemilik akaun twitter yang menggunakan nama MahsiH2 menyebarkan fitnah berkenaan.

“Kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu diperbesarkan, namun saya tidak faham kenapa tiba-tiba masalah kami dikaitkan dengan Apek.

“Saya tumpang simpati dengan keluarga Apek yang terheret sama dalam masalah ini dan kepada penyebar fitnah, berhentilah mengaibkan orang lain,” katanya.

Difahamkan, Apek mengenali bapa saudara Leuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi yang menjadi kontraktor pembinaan rumah banglonya pemberian kerajaan negeri. Mohd Irwan juga adalah Pengarah Urusan Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd iaitu syarikat milik Apek.

Sementara itu, ibu Leuniey, Noor Laila Abu Bakar, 43, berkata dia harap isu itu tidak berpanjangan bagi membolehkan anaknya menumpukan perhatian terhadap perniagaan keluarga mereka.

“Saya tidak sangka soal dia putus tunang menjadi perhatian. Apa pun, saya harap ia tidak berpanjangan,” katanya.

Dakwaan Apek kononnya dikatakan menjadi punca pertunangan Leuniey putus mula tersebar melalui satu akaun twitter individu yang menggunakan MahsiH2 sebelum ia dijadikan bahan bertita di beberapa blog hiburan di Internet.

Harian Metro Sabtu lalu menyiarkan kenyataan bekas tunang Leuniey yang menafikan Apek menyebabkan pertunangannya putus dan dia turut menganggap berita itu sekadar fitnah untuk memburuk-burukkan nama Apek.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...