UNDIAN kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-22 boleh
dikatakan memihak pasukan negara apabila berjaya mengelak dua pasukan
gergasi Asia dalam satu kumpulan, tetapi peluang layak ke kejohanan
julung kali itu, tahun depan akan lebih terbuka andai Malaysia mengambil
kesempatan menjadi tuan rumah.
“Kita perlu rebut peluang ini, bermain di laman sendiri akan memberi kita banyak kelebihan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang menarik nafas lega apabila diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina.

“Saingan utama tentunya dari Korea Selatan dan Vietnam, dan saya rasa
perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada
pusingan kelayakan ini. Jadi jika kita bermain di laman sendiri,
tentunya peluang kita semakin cerah.
Saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. - Ong Kim Swee, Jurulatih
“Walaupun kejohanan ini diadakan buat pertama kali oleh AFC, ia cukup
penting kerana ia menggantikan kelayakan Olimpik yang diadakan sebelum
ini. Sekiranya layak beraksi dalam kejohanan itu tahun depan, kita akan
diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan 2015 yang menjadi
penentu kepada kelayakan Olimpik 2016.”
Hari ini Kim Swee akan kembali bersama skuad Olimpik kebangsaan untuk perlawanan kedua terakhir peringkat kumpulan bertemu Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Februari. “Walaupun kita tidak lagi layak ke London, saya harap pemain akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi saingan dan mempertahan maruah negara apabila menentang Jepun nanti,” kata Kim Swee.
Hanya tiga pemain – Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal (digantung perlawanan) dan Ahmad Hazwan Bakri (cedera hamstring) – tidak dapat diturunkan pada perlawanan Jepun nanti, manakala Fadhli Shas akan kembali mengisi benteng pertahanan selepas digantung pada perlawanan lalu (menentang Bahrain).
KUMPULAN G (Zon Timur): Korea Selatan, Vietnam, MALAYSIA, Myanmar, Taiwan, Filipina