Edisi Hangat! Kondom Termahal Dunia Louis Vuitton RM200 Sekeping!

Oleh Kaki Wayang on

Kondom Mewah 'Louis Vuitton' (LV) Harga RM200 Sekeping, Ada Berani?

Louis Vuitton merupakan jenama pakaian dan aksesori mewah yang menjadi kegilaan ramai terutama golongan kaya dan terkemuka. Antara barangannya yang terkenal adalah beg kulitnya.

Baru-baru ini seorang arkitek dari Georgia, Irakli Kiziria telah mereka bentuk kondom yang menggunakan jenama mewah itu.

Ia dijual dengan harga kira-kira RM200 sekeping. Seluruh lapisan kondom berwarna cokelat itu mempunyai logo LV, ia juga dibungkus dengan plastik jenama yang sama.

Tetapi pada mereka yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan kondom itu, maaf, ia tidak dijual di mana-mana butik LV. Malah, sebenarnya, ia tiada kaitan pun dengan syarikat tersebut. Cuma Kiziria mencipta kondom jenama itu semata-mata untuk mendapatkan dana bagi disalurkan kepada Yayasan Penyelidikan AIDS (amfAR).

Difahamkan, sejak berada di pasaran, permintaan terhadap kondom mewah itu mencanak-canak grafnya! Apapun dengan harganya yang berkali-kali ganda mahal berbanding kondom biasa, rasanya kalau nak buat cenderamata bolehlah…tetapi kalau nak ‘guna’, fikir banyak kali juga tu.

Apatah lagi kondom hanyalah bahan ‘pakai buang’…tapi kalau dah memang ‘hantu’ LV, silap haribulan kondom LV pun dia nak rembat buat koleksi!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...