Edisi Hangat! Pendedahan CCTV Pengebom Iran di Bangkok dan India!

Oleh Kaki Wayang on

KOMBINASI gambar rakaman kamera litar tertutup yang didedahkan polis Thailand semalam menunjukkan tiga suspek Iran yang terlibat dalam satu siri kejadian letupan bom di Bangkok, Thailand. 

Bom buatan sendiri yang ditemui di sebuah rumah di ibu kota Thailand di sini selepas satu letupan yang tidak disengajakan didapati sama seperti bom yang digunakan semasa menyerang kereta milik Kedutaan Israel di India dan Georgia, kata duta Israel semalam.

Duta Israel ke Thailand, Itzhak Shoham memberitahu agensi berita Associated Press dalam satu wawancara bahawa polis Thai menemui dan mematikan dua bom magnet yang boleh dilekatkan pada kenderaan selepas tiga letupan berlaku di sini kelmarin.

"Bom itu serupa dengan bom yang digunakan di New Delhi dan di Tbilisi," kata Shoham. 

Sebuah kereta milik Kedutaan Israel meletup selepas sebutir bom magnet dilekatkan oleh penunggang motosikal pada kereta berkenaan menyebabkan seorang diplomat Israel cedera pada Isnin lalu. Pada hari yang sama, seorang pekerja Kedutaan Israel menemui satu bahan letupan di dalam keretanya di Tbilisi, Georgia dan dia menghubungi polis yang kemudian berjaya mematikan bom berkenaan.

"Kita boleh membuat kesimpulan semua serangan itu dilakukan oleh rangkaian pengganas yang sama," tambahnya.

Kerajaan Thailand sedang berusaha membongkar komplot tiga lelaki Iran itu setelah sejumlah bahan letupan meletup secara tidak sengaja di rumah sewa mereka di kawasan Jalan Sukhumvit di sini Isnin lalu.

Unit pemusnah bom menggeledah kediaman tersebut sekali lagi semalam untuk mencari lebih banyak bahan bukti manakala pasukan keselamatan sedang memburu seorang wanita Iran yang dipercayai penyewa asal kediaman berkenaan.

Setakat ini dua lelaki berkenaan telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. Ketua Polis Imigresen, Leftenan Jeneral Wiboon Bangthamai berkata, suspek ketiga, Masoud Sedaghatzadeh meninggalkan rumah tersebut dan melarikan diri ke Malaysia dengan menaiki pesawat ke Kuala Lumpur pada malam kelmarin. Polis Thai menamakan dua suspek Iran yang kini ditahan sebagai Saeid Moradi dan Mohummad Hazaei. Saeid hilang satu kaki selepas bom tangan yang dibawanya meletup semasa dia cuba melarikan diri daripada polis.
Mohammad Hazei ditahan kelmarin ketika cuba menaiki pesawat ke Malaysia. Menurut seorang pegawai Thailand semalam, suspek-suspek Iran itu yang gagal dalam misi mereka bertujuan untuk menyasarkan para diplomat Israel. Sementara itu, Iran menafikan sebarang penglibatan dalam letupan bom di Thailand. Iran mendakwa Israel menjadi dalang dalam letupan itu, kata jurucakap Menteri Luar, Ramin Mehmanparast semalam. 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...