Siapa tidak kenal Najwa Latif hari ini? Semenjak popular dengan lagu ‘berhantu’ Cinta Muka Buku sehingga layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 26, gadis ini seperti tidak mahu berhenti.
Kisah terbaru ada terdengar yang Najwa Latif kini sudah pun jadi
pemilik sebuah kereta Perodua MyVi yang beliau beli secara tunai.
Untung badan muda muda begini sudah mampu membeli barangan berharga
tinggi seperti kenderaan dengan tunai. Sekurang kurang’nya beban hutang
kepada bank tidak berlaku di usia muda.