Edisi Hangat! Wanita Simpanan JFK Tulis Memoir Hubungan Sulit!

Oleh Kaki Wayang on

Wanita Simpanan JFK Tulis Memoir Hubungan Sulit
Seorang wanita yang mendakwa pernah menjadi perempuan simpanan kepada Presiden John F Kennedy (JFK) telah menulis sebuah memoir yang menceritakan bagaimana mereka bertemu dan penderaan yang dialaminya sepanjang 18 bulan menjalinkan hubungan.

Mimi Alford, 69, berkata, ketika bertemu dengan JFK, dia berusia 19 tahun dan mengadakan latihan praktikal di White House apabila Kennedy menggodanya selepas mengadakan parti bersama dua pembantu rapatnya dan seorang lagi wanita muda.

“Saya amat terkejut,” katanya dalam buku berkenaan.

Mereka meneruskan hubungan itu sehingga Alford meninggalkan Washington untuk kembali semula ke kolej.
Dia turut menceritakan bagaimana Kennedy berterusan merayu untuk menciumnya dan turut mengarahkannya mengadakan hubungan seks dengan bekas Presiden itu.

Malah ada masanya, Alford diminta menjaga adik bongsu Kennedy iaitu Teddy, namun dia menolak permintaan berkenaan.

Bagaimanapun di sebalik semua permintaan berkenaan, Alford berkata, hubungan mereka rapat dan dia menjadi tempat Kennedy mencurahkan perasaan selepas kematian bayinya, Patrick.

Memoir bertajuk Once Upon a Secret: My Affair with President John F. Kennedy and Its Aftermath itu turut menceritakan bagaimana dia menghabiskan masa siang dan malam bersama Presiden yang ketagihan seks itu.

Alford kini menetap di New York dan telah bersara daripada menjadi pentadbir di sebuah gereja.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...