Edisi Informasi! Apa Itu Alexa Ranking? dan Kepentingannya!

Oleh Kaki Wayang on

Apa Itu Alexa Ranking?

Pada pemahaman akulah kan..Alexa Ranking ini adalah ranking trafik yang mengalir ke blog anda..macam statistiklah..semakin banyak trafik yang mengalir masuk ke blog anda semakin baiklah Alexa Ranking anda..Sebagai contoh, untuk mendapatkan rank yang baik anda harus kekalkan sekurang-kurangnya 300-1000 trafik sebulan sama ada Pageviews atau Unique Views..Pendek kata, yang penting trafik itu secara konsistennya mengalir masuk ke blog anda..tak faham juga? Trafik adalah pengunjung yang datang ke blog anda..so, kalau secara konsisten anda mendapat 100 PV/UV sehari..maknanya anda sudah mendapatkan 3000 sebulan..kekalkannya secara konsisten..dan ia mampu menaikkan ranking anda dalam Alexa (maknanya, semakin mengecil no anda dalam Alexa Ranking, semakin bernilai blog anda)..


Bagaimana untuk mengekalkan trafik anda agar ianya boleh membantu ranking anda dalam Alexa? dan kepentingannya dalam berblog.

Buat Entry Bermutu

Benda paling asas dan paling penting dalam berblog adalah, menyediakan entri bermutu dan bernilai untuk santapan minda pembaca dan pengunjung anda..kenapa? entri yang menarik mampu menarik ramai pembaca..secara tak langsung, anda mungkin mampu mengekalkan trafik anda 300-1000 sebulan (paling minima)..

Update Blog Sekerap Yang Boleh.

Juga termasuk dalam benda paling asas dalam berblog..Dalam era globalisasi tanpa sempadan ini, manusia sudah semakin bijak untuk menerima pelbagai maklumat untuk dijadikan santapan mindanya..setiap hari manusia dahagakan berita terkini, informasi, isu-isu semasa dan macam-macam lagi..dengan mengemaskini blog 2-3 entri sehari ataupun 5 sehari..malah ada yang mampu sampai 20 sehari..menyebabkan blog anda “mungkin” akan dijadikan medium bacaan bagi edisi-edisi terkini dan terbaru serta fresh untuk pembaca anda..secara tak langsung menarik ramai pembaca dan mampu meningkatkan ranking anda.

Informasi Untuk Anda.

Bagi blog-blog baru, Alexa Ranking mereka adalah sangat tinggi iaitu sehingga juta-juta nilainya namun jika mereka berjaya mengekalkan trafik secara konsisten ke blog mereka dengan kerajinan mengupdate entry, maka, Alexa Ranking tersebut akan menurun dengan konsisten juga.

Semakin rendah nilai Alexa Ranking sesuatu blog, semakin tinggi dan konsisten aliran trafik ke blog tersebut. Ini adalah sesuatu yang semua blogger perlu tahu terutamanya jika anda ingin membuat pendapatan sampingan dengan berblog.

P/s: Alhamdulillah Alexa Ranking aku dah semakin hari semakin naik..semuanya atas sebab-sebab maintain kan  6,000 - 13,000 PV dan UV dalam tempoh sebulan ni..terima kasih kepada semua pembaca..setakat ni..ranking aku dalam 337,125 (Global) dan 2100 (Malaysia)..nak kejar BEN ASHAARI? Mmmm rasanya 10 tahun lagi kot..hahahahahahaha..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Anonymous said...

Tahniah!. kekalkan info dan terus berusaha menaikkan rating. sama jugak pada aku. hahaha

Kaki Wayang said...

Tapi Dunia Junko dah "terrorist" dah bab berblog ni..aku tak leh nak pertikaikan..Alexa Ranking pun 198,000..perghhhh!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...