Teringat
sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa
dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian.
Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan
ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala
teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :
“Eh, Aishah, Kenapa labuh sangat?”.
Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya
mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu
dijawab.
“Erm, memang saya suka jenis yang macam ini.”
Kawan saya hanya tersenyum sinis.. Lalu kami beredar..
Persoalanku Siapa yang betul siapa yang salah ni??
Moga temanku beroleh Hidayah Allah....
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook