Seorang lelaki semalam didenda Aus$750 (RM2,446) kerana menayangkan
punggungnya ke arah Ratu Elizabeth II ketika lawatan beliau ke Australia
tahun lalu. Lelaki itu juga berkata dia akan melakukan perbuatan itu
lagi.
Pekerja bar di Sydney, Liam Warriner, 22, mengaku bersalah atas
tuduhan melakukan gangguan awam ketika lawatan ratu berusia 85 tahun itu
ke Brisbane, ibu negeri Queensland Oktober lalu.
Dalam perbiacraan di mahkamah majistret Brisbane, Warriner didapati
menanggalkan seluar panjangnya dan berlari di samping kenderaan ratu
sepanjang 50 meter dengan bendera Australia dikepit di celah punggung,
lapor media.
Dia memberitahu polis perbuatannya sebagai protes politik untuk menunjukkan kebencian terhadap anggota monarki dan elit.
Dia memberitahu polis perbuatannya sebagai protes politik untuk menunjukkan kebencian terhadap anggota monarki dan elit.