SEDIH...peminat menghadiri acara memperingati Whitney di Leimert Park, Los Angeles.
Mayat penyanyi Whitney Houston tiba di bandar kelahirannya, di
Newark, New Jersey malam tadi di sebalik laporan bahawa doktor
peribadinya bakal berdepan soalan bagaimana dia boleh mendapat dadah
yang ditemui di bilik hotelnya. Mayat Whitney diterbangkan dari Los Angeles dengan jet peribadi dan
dibawa ke rumah pengurusan mayat Whigham di Newark yang menguruskan
pengebumian bapanya pada 2003.
Keluarga Whitney dikatakan menimbangkan mengadakan majlis pengebumian di Pusat Prudential Newark yang mengacarakan majlis sukan profesional dan kolej yang mampu memuatkan 18,000 orang.
Mayat Whitney diterbangkan pulang ketika doktor peribadinya dijangka
disoal sama ada dia mendapat dadah yang ditemui di biliknya di Hotel
Beverly Hilton secara haram. Mayat penyanyi berusia 48 tahun itu
ditemui dalam tab mandi di bilik hotel Sabtu lalu, di kelilingi pelbagai
ubat termasuk ibuprofen - pil tahan sakit, Xanax - ubat anti-resah,
Midol - untuk sakit datang bulan, amoxicillin - untuk jangkitan bakteria
dan pelbagai ubat lain. Koroner akan meminta salinan rekod
perubatannya dan akan membandingkannya dengan pelbagai ubat yang ditemui
di bilik hotelnya, kata satu sumber kepada The Sun. Sekiranya
seseorang memberi Whitney ubat secara haram, mereka boleh didakwa.
“Pihak berkuasa perlu menentukan tiada siapa yang bersalah terlepas. Mungkin ada dakwaan dalam kes ini,” kata sumber itu. Koroner belum menentukan punca kematian Whitney, tetapi dipercayai dia mati mungkin akibat campuran dadah sebelum dia tenggelam di dalam tab mandi di mana mayatnya ditemui.
Rakan Whitney mengatakan kematian tidak dijangka penyanyi itu bukan “satu kejutan besar” berikutan “tahap kesihatan dan emosi semakin teruk” dialaminya yang turut dibantu oleh pihak lain. “Kedengarannya ia memang sedih, tetapi ia bukan satu kejutan besar, namun ia tetap sukar dipercayai,” kata seorang pemuzik kepada majalah People. “Ada kuasa jahat yang dilawannya secara peribadi dan terang-terangan selama beberapa tahun. Dia berada dalam lingkungan kesedihan dalam tempoh yang lama dan apabila anda mempunyai rakan seperti itu di keliling anda yang mendorong kepada perlakuan sedemikian...dia tidak dapat menolak kejahatan itu,” katanya.
Menurut satu sumber, penyanyi itu menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan dadah.
“Dia kelihatan seperti mayat hidup,” kata sumber itu. Menurut RadarOnline, pengurusan Hotel Beverly Hilton juga meminta koroner meninggalkan mayat Whitney di bilik hotel itu hingga parti pra-Grammy Clive Davis selesai.
Satu sumber memberitahu laman web berkenaan, keputusan itu dibuat
“sebagai menghormati Whitney Houston” dan kebimbangan mengenai tahap
keselamatan