IMEJ sukan negara ‘tercalar’ selepas dua atlet didapati positif
menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia
tahun lalu. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek antara
individu yang berasa kecewa dengan tindakan atlet yang disahkan positif
ujian doping itu.
Ahmad Shabery berkata, perbuatan mengambil bahan larangan itu telah memberikan kesan buruk kepada imej sukan negara.
“Saya amat dukacita terutamanya setelah memberi penghargaan pada majlis Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) lalu. “Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang
mengalungkan pingat kepada mereka tetapi perbuatan ini nyata memalukan
negara.
Dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan SEA 2011
menerusi acara 4x400m dan angkat berat didapati positif ujian doping.