Seorang kapten kapal terbang yang membawa 46 penumpang meninggal
dunia ketika dalam penerbangan dari ibu negara Poland, Warsaw ke ke
bandar raya ini semalam.
Jurucakap penerbangan Republik Czech, Hana Hejskova berkata, pembantu
juruterbang terpaksa mengambil tugasnya untuk mendarat pesawat itu.
Menurutnya, pesawat jenis ATR 42 itu berjaya mendarat dengan selamat
dan semua penumpang tidak terancam kerana pembantu juruterbang tersebut
telah dilatih untuk berdepan dengan situasi berkenaan.