Edisi Sentap! Kejam, Ibu Pam Bayinya dalam mangkuk tandas!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang wanita Jepun yang mengepam bayinya di dalam mangkuk tandas ditahan atas dakwaan melakukan pembuangan bayi, kata polis. 

Seorang jurucakap polis berkata, wanita itu, Ritsuko Taniguchi, 33, yang menetap di bandar Nagoya, Jepun melahirkan bayi tidak cukup bulan dalam tandas rumahnya.
 
 
“Dia dituduh tidak menyelamatkan bayi tersebut daripada mangkuk tandas lalu membiarkannya,” beliau.

Menurut pegawai berkenaan, wanita tersebut turut mencuba untuk mengepam bayi lelaki seberat 880 gram itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tersekat dalam lubang tandas.

Wanita itu juga cuba mendapatkan bantuan dengan menghubungi seorang pekerja pembaikan beberapa jam kemudian dan mayat bayi tersebut ditemui dengan bantuannya.

Taniguchi memberitahu pekerja itu bahawa mayat bayi itu sebenarnya adalah satu anak patung.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya menghubungi polis kerana berasa curiga dan anggota-anggota pihak berkuasa menemui mayat tersebut dalam sebuah beg di apartmen wanita berkenaan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...