Edisi Sentap! Mat Salleh Bercium Di Lobi, Arab Mengamuk Pukul Perempuan!

Oleh Kaki Wayang on

Mat Salleh Bercium Di Lobi, Arab Mengamuk Pukul Perempuan, Marah, Negara Islam - Siapa Yang Salah Ni?
Kejadian yang dimaksudkan dalam tajuk di atas berlaku di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini dan ia berjaya dirakam serta dimuat naik ke Youtube. Ia bermula dengan sikap satu pasangan barat dan tempatan (lelaki dan perempuan) yang dikatakan bercium di lobi sebuah rumah persinggahan backpackers.
 
Mungkin disebabkan tidak dapat menerima apa yang berlaku, seorang pelancong Arab telah mengamuk dan menyerang dua wanita di rumah persinggahan berkenaan. Lelaki Arab dilihat berkenaan berulang kali berkata Malaysia ini negara Islam dan sikap pasangan itu tidak boleh diterima. Kejadian itu dimuatnaik ke Youtube serta-merta selepas kejadian iaitu pukul 6.30 petang pada 9 Februari lalu. Pelancong Daniel Gunn, 30, yang merakam episod tersebut mendakwa, dia telah mencium pipi teman wanitanya di kawasan ruang tamu dan kelakuannya menimbulkan kemarahan lelaki Arab itu.

“Saya cuba menenangkannya tetapi dia bertambah marah,” kata rakyat Kanada itu.

Gunn berkata pada masa itu, Dewina Jolilin, 22 (penyambut tetamu rumah persinggahan tersebut) menegur lelaki Arab berkenaan, yang hanya membuatkannya bertambah bengang kerana dia beranggapan penyambut tetamu itu, seorang yang beragama Islam, patut juga marah dengan sikap pasangan barat terbabit. Dia kemudian memukul muka Dewina dengan beg plastik, menyebabkan Gunn dan teman wanitanya datang membantu penyambut tetamu tersebut.

“Teman wanita saya memberitahu lelaki Arab itu yang dia tidak boleh menyerang wanita. Dan kemudian, dia juga diserang,” Gunn berkata.

Lelaki Arab itu kemudian berlari keluar dari rumah persinggahan berkenaan dan menaiki sebuah teksi. Dia dipercayai tidak menjelaskan bilnya dengan rumah persinggahan berkenaan. Polis kini mencari suspek berkenaan, yang dilihat dalam klip video sedang menyerang Dewina dan kemudian menuju ke arah seorang lagi wanita, dikatakan teman wanita tempatan seorang pelancong Kanada di sini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, penyambut tetamu itu telah membuat laporan polis terhadap suspek, yang kali terakhir di lihat meninggalkan rumah persinggahan tersebut dalam keadaan marah dengan menaiki teksi.

MyNewsHub

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...