Lima hari yang lepas Mufti Perak telah menegur PM kerana menghadiri sambutan hari Thaipusam di Batu Caves. Jika kita lihat dengan mata kasar nampak
ianya tidak ada sebarang kesalahan kerana Datuk Najib bukannya masuk ke
dalam kuil atau melakukan upacara-upacara keagamaan hindu. Beliau hanya
hadir di persekitaran kuil untuk mengambil kesempatan bertemu dengan
orang-orang india yang berkumpul di sana pada hari itu.
Oleh kerana orang yang pakar dalam hal
ehwal agama islam seperti Mufti Perak kata tak boleh , maka kita kena
hormat nasihat beliau. Beliau lebih tahu dari kita, sebab itu beliau
dilantik sebagai Mufti.
Telah lima hari Tan Sri Mufti Perak
menegur PM, sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin atau
ahli-ahli Umno yang bangkit melawan atau mempertikaikan nasihat Mufti.
Inilah kelebihan Umno, mereka terbuka menerima teguran atau kritikan.
Sebab itu Umno boleh bertahan lama walaupun telah menghadapi pelbagai
ujian, cabaran dan dugaan.
Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar
Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa banyak fatwa yang telah
dikeluarkan oleh ulaRmak-ulaRmak Pas mempertikaikan Mufti Perak.
Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar
Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa bakul sumpah seranah,
makian dan cacian yang diterima oleh Tan Sri Harussani. Haramsani, haram
jadah, ulama duit dan macam-macam perkataan lagi semuanya akan keluar .
Sejarah telah membuktikan perkara itu pernah berlaku.
Tetapi apabila Mufti Perak menegur PM,
gelagat mereka seperti burung merpati ditabur beras.
Zurrrrppppppp…….sepantas kilat , sahut menyahut mereka memuji Mufti yang
puak-puak mereka gelarkan haraMsani dan haram jadah.
Ketua Penerangan Pemuda Pas – Sumber berita : harakahdaily
Dewan Pemuda PAS Pusat mahu lebih ramai
para ulama, mufti dan golongan agamawan tampil menyatakan pandangan
terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke
upacara agama di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam minggu lalu.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohamad Nor
berkata, golongan itu perlu berani untuk menyatakan kebenaran seperti
yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang
membantah tindakan Najib itu dan menyifatkannya sebagai ‘menggadai
akidah’.
“Pemuda PAS melihat keberanian inilah
yang perlu ditunjukkan oleh para Mufti di negara ini apabil melihat
kemungkaran berlaku di depan mata tanpa mengira siapa pun pelakunya.
DIPENDEKKAN CERITA...
“Bagaimana boleh terlajak macam ini,
sepatutnya Anwar wakilkan pemimpin beragama Hindu untuk menggantikan
dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan
agama lain,”
Tuan Guru Nik Aziz atau ulama-ulama Pas sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir dalam perayaan itu .
Apakah apa yang dilakukan oleh Anwar diatas tidak menggadai akidah ? Gambar ditas dirakam di Kuil Sri Maha
Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan
Ponggal pada 29.01.2012.
Sekarang mari kita tunggu komen dari Mahfuz Omar dan pemuda-pemuda Pas.
Kredit: MynewsHub