Pelakon Wan Sharmila menceritakan detik-detik cemasnya terlibat dengan
sekumpulan mat rempit. Lebih membuatkan dia kecut perut, apabila dia
yang turut sama menjadi pembonceng mat rempit dalam sebuah perlumbaan.
Apatahlagi dia dijadikan habuan buat pemenang. Macam mana dia boleh
terlibat dengan grup mat rempit?
Okay, cukup. Sebelum anda berfikir yang bukan-bukan tentang pelakon
berusia 31 tahun ni, dijelaskan di sini situasi itu sebetulnya hanyalah
gambaran kepada babak dan watak yang dipengang oleh Wan Sharmila dalam drama terbaru lakonanya, Apa Celop.
Wan Sharmila mengintepretasikan watak bernama Marsha. Gadis kampung yang
dijadikan taruhan oleh seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng
kepada mana-mana mat rempit yang menang dalam perlumbaan. Mujur dia
‘diselamatkan’ oleh Aman. Tapi akibat kemalangan, Marsha telah hilang
ingatan. Bagaimanapun tak lama kemudian Marsha kembali pulih. Walaupun
berbuat baik terhadap Aman namun jauh di sudut hati Marsha, dia sangat
berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya, dalam satu
perlumbaan haram.
“Ini pertama kali saya berlakon watak yang melibatkan saya dalam babak race. Saya redah jer. Walaupun sebenarnya saya takut dan
banyak menjerit sampai takder suara”, kata Wan Sharmila ketika di temui
di majlis pelancaran drama arahan Ahmad Idham ni di Bandar Utama, One
Utama, petang semalam.
“Saya tak biasa sebenarnya dengan suasana bunyi motor. Naik motor pun saya kekok. Tapi kali ni saya dikelilingi mat motor”,
“Ada satu babak tu, saya duduk belakang Kamal Adli (memengang watak Aman). Masa tu Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa. Sebelum tu abang Idham ada pesan katanya, apa pun yang terjadi, peluk jer Kamal. Jadi saya peluk kuat-kuat”, katanya lagi.
Meskipun berdepan cabaran yang mendebarkan, dia bersyukur kerana tiada
sebarang pekara buruk yang berlaku. Malah dalam masa sama dia dapat
menimba satu pengalaman baru dan
menyeronokkan. Sementelah sepanjang pengambaran Wan memberitahu, dialah
yang selalu dibuli baik dikalangan para pelakon mahupun produksi Apa
Celop.
Siri 13 episod arahan Ahmad Idham ni turut di bintangi barisan pelakon
seperti Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Amanda Misbun, Ika Nabella, Azad
Jasmin, Fendi Balas dan ramai lagi. Apa Celop bakal menemui anda mulai 20 Februari ini menerusi slot Aksi di TV3.
Dalam perkembangan lain, Wan Sharmila sibuk menjalani pengambaran drama
bersiri Seindah Sakura. Selain itu dia juga akan muncul menerusi
lakonannya dalam siri di slot Senda Pagi di TV berjudul Naik Lif Turun
Tangga di TV3 dan sebagai hos untuk program terbitan RTM, Dialek Kita yang akan di tayangkan tak lama lagi.
Kredit: BulanPurnama