Sekadar hiasan!
Ya, itulah yang diuar-uarkan oleh blog hiburan
tempatan, Rotikaya, hari ini apabila seorang selebriti wanita tempatan
dikhabarkan mempunyai video lucah yang sudah tersebar luas.
Kalau sebelum ini, kita ada ramai lagi selebriti
yang pernah mempunyai video lucah sendiri atau lebih dikenali dengan format
’3GP’, namun sekarang kita sudah ada ‘produk’ baru dari selebriti yang sedang
meningkat naik tapi kami rasa masih tak naik-naik dari dulu lagi.
Masih terkejut dengan khabar angin ini, OHBULAN!
sudah dapat mengagak siapakah selebriti tersebut. Dan sebentar tadi, kami sudah
menghubungi Rotikaya untuk kesahihan gambar tersebut dan memastikan bahawa
selebriti tersebut adalah benar.
Apa yang lebih menarik ialah screenshot dari
video yang dipercayai sudah tersebar itu benar-benar mengejutkan kami. Tidak
sangka pelakon wanita yang kami tonton sebelum ini dalam sebuah filem kini
hanya bogel tanpa seurat benang.
Seperti yang dikatakan, selebriti tersebut pernah
membintangi sebuah filem pada tahun 2011 namun filem itu tidak diberikan
sambutan hangat dan hanya menjadi satu lagi filem yang tidak laku di pasaran.
Haih, susah bila pelakon tempatan cuba nak jadi
pelakon lucah pula.
Kredit: OhBulan!