Crystal Warren, 42, mengejutkan ramai
pihak apabila mendedahkan kepada media bahawa dia pernah mengadakan
hubungan seks dengan lebih 1,000 orang lelaki akibat ketagihan seks yang
tidak dapat dibendung.
Bagaimanapun, dia mempunyai kejutan lebih besar apabila memberitahu bahawa dia juga pada asalnya adalah seorang lelaki!
Crystal yang dilahirkan sebagai
Christopher Snowden berjantina lelaki sebelum mengambil keputusan untuk
melakukan pembedahan transgender (menukar jantina) untuk menjadi seorang
wanita “sejati”, sekaligus bertukar menggunakan nama baru yang lebih
feminin.
Begitupun, dia agak risau dengan
pendedahan tersebut kerana bimbang akan menimbulkan kemarahan di
kalangan lebih 1,000 lelaki yang pernah menidurinya sebelum ini.
“Saya takut sekiranya ramai lelaki yang akan marah bila membaca kenyataan ini, tapi saya perlu beritahu tentang perkara sebenar.
“Ramai yang fikir bahawa saya berbohong
kepada mereka-mereka yang pernah mengadakan hubungan seks dengan saya,
tapi saya tak fikir begitu kerana kini saya adalah seorang wanita dan
tidak berkaitan dengan sejarah saya.
“Saya tak mahu mana-mana lelaki yang
pernah bersama saya menafikan kemampuan seks mereka kerana pendedahan
ini, mereka tak tahu pun mereka sebenarnya tidur dengan orang macam
saya,” katanya yang dipetik dari The Sun.
Menurut Crystal, dia mula mengadakan
hubungan seks dengan lelaki sejak berumur 18 tahun, namun ia tidak
mendatangkan kepuasan seksual padanya ekoran perasaannya yang
seolah-olah ‘terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki’.
Justeru itu, dia telah mula mengambil
hormon dan menjalani pembedahan lazer pada tahun 2002 untuk membuang
bulu badan dan membesarkan buah dada ke saiz 38.
Kemudian, dia telah menjalani beberapa
sesi kaunseling sebelum melakukan pembedahan menukar jantina pada tahun
2005 dan diberikan Sijil Pengiktiran Gender yang memberikan kuasa
padanya untuk menukar maklumat surat beranak berkaitan nama baru serta
jantina.
Walaupun mengaku ketagihan seks, Crystal
menolak cadangan untuk menjadikan aktiviti seksnya sebagai sebuah
perniagaan pelacuran dan lebih selesa untuk bebas memilih pasangannya
untuk melakukan hubungan seks.