Edisi Sukan! Jepun terdesak menang besar! Go, go Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


JURULATIH kebangsaan, Ong Kim Swee (kanan) bersalam dengan jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka selepas sidang media perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. 
 

"Kami mahu mendapatkan seberapa banyak gol... kami mahu mendapatkan banyak gol, ". Itu nada terdesak yang kerap diulang jurulatih Bawah 23 Jepun Takashi Sekizuka pada sidang media perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Jepun, semalam.
  Jepun yang kini berada tangga kedua Kumpulan C memberi amaran kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee mereka akan menurunkan barisan terkuat dan bermain habis-habisan dalam memburu kemenangan besar.

"Esok (hari ini) kami akan menunjukkan keupayaan sebenar dan yakin dapat memungut tiga mata serta mendapat jumlah jaringan yang besar.

"Kami mahu memungut enam mata dalam dua perlawanan terakhir dan kami tiada pilihan lain selain menang.
"Saya menghormati keupayaan Malaysia yang dilihat semakin meningkat dalam setiap perlawanan namun kami perlu fokus kepada gaya permainan kami dan memenangi perlawanan ini, " katanya.

Jepun yang tewas 1-2 kepada Syria dalam perlawanan terakhir baru-baru ini, jatuh ke tangga kedua Kumpulan C ekoran perbezaan jaringan yang menyebelahi negara Asia Barat itu walaupun berkongsi sembilan mata selepas empat perlawanan.

Tidak membawa mana-mana pemain yang beraksi di Eropah, Sekizuka masih menaruh harapan pemain yang sedia ada di samping akan melakukan sedikit perubahan daripada segi taktikal dan memberi petanda akan menurunkan ramai pemain di bahagian serangan.

Seperti mahu menyorokkan strategi untuk berdepan Malaysia, Jepun memilih berlatih selama tiga hari di negara jiran Malaysia, Singapura.

Begitupun Takeshi berdalih sambil berkata ini kerana mahu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di Kuala Lumpur biarpun baru berada di ibu negara pada semalam.

"Di sana (Jepun) sekarang agak sejuk dan kami memilih berlatih di sini lebih awal kerana mahu semua pemain dapat bermain dalam cuaca panas.

"Kami menjalani persiapan yang agak baik dan saya telah memikirkan strategi berkesan ketika menyerang atau bertahan," katanya.

P/s: Sombong dan bongkaklah Jurulatih Jepun ni..takpe, takpe..buat pemain Malaysia..kami doakan semoga anda berjaya..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...