Mayat Ahmad Saibi Amir Muslim, pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan
Ladang yang lemas petang semalam ditemui kira-kira jam 7.42 pagi tadi di
pesisir pantai Batu Buruk, di sini.
Mayat mangsa yang tinggal di Bukit Besar, di sini ditemui Pasukan Bomba dan Penyelamat yang baru bersiap untuk memulakan gerakan mencari mangsa selepas operasi dihentikan jam 8 malam tadi. Nenek mangsa Madihah Othman, 58, ketika ditemui berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan janji untuk membawa mangsa ke Kuala Lumpur minggu depan.
Katanya, semasa kejadian dia berada di rumah dan terlewat untuk
menjemput mangsa yang selesai menghadiri Kelas Agama Fardhu Ain di
sekolah kira-kira jam 4.30 petang.
"Saya tidak tahu dia ke pantai bersama dua kawannya, kerana menyangkakan arwah masih di sekolah namun terkejut selepas dimaklumkan oleh seorang saudara yang tinggal berhampiran tentang kejadian lemas itu," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Mayat mangsa yang tinggal di Bukit Besar, di sini ditemui Pasukan Bomba dan Penyelamat yang baru bersiap untuk memulakan gerakan mencari mangsa selepas operasi dihentikan jam 8 malam tadi. Nenek mangsa Madihah Othman, 58, ketika ditemui berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan janji untuk membawa mangsa ke Kuala Lumpur minggu depan.
"Saya tidak tahu dia ke pantai bersama dua kawannya, kerana menyangkakan arwah masih di sekolah namun terkejut selepas dimaklumkan oleh seorang saudara yang tinggal berhampiran tentang kejadian lemas itu," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Berita sebelumnya:
Seorang murid darjah dua Sekolah Kebangsaan Ladang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Batu Buruk di sini petang semalam. Ahmad Saibi Amir Muslim, 8, sedang mandi bersama dua lagi rakannya apabila kejadian berlaku kira-kira 6.15 petang.
Pelampung yang digunakannya dikatakan pecah setelah dilambung ombak setinggi dua meter.
Dia sempat menjerit meminta tolong bagaimanapun hanyut dibawa arus deras. Seorang remaja, Norna Mina Nazrul Zaman, 18, yang sedang mencari remis bersama ibunya tidak jauh dari tempat kejadian telah membaling pelampung kepada mangsa namun mangsa gagal mencapainya.

Dua rakannyaselamat dengan berenang ke pantai. PenolongPengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Zulkahirul Razali ketika ditemui di tempat kejadian berkata usaha mencari mangsa dilancarkan sebaik sahaja menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu.