Edisi Amekaw! Dua pegawai TH terlibat Haji Ekspress didakwa hari ini

Oleh Kaki Wayang on

Dua pegawai Lembaga Tabung Haji yang dipercayai terlibat dalam sindiket melangkau giliran menunaikan haji atau 'haji ekspres' dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta di sini esok. Kedua-duanya berusia 30-an dan 40-an itu akan didakwa di bawah Seksyen 5(1) akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut sumber, seorang daripadanya dikatakan telah membuat capaian ke Pangkalan Data Tabung Haji dan memasukkan rekod jemaah haji menggunakan program khas tanpa kuasa. Katanya, ia sekali gus menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji untuk Lembaga Tabung Haji.

"Seorang lagi didakwa telah secara rasuah menerima suapan sebagai upah untuk menguruskan nama-nama jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010," kata sumber itu.

Difahamkan, tarikh pendakwaan kes itu telah dipercepatkan selepas isu tersebut mendapat perhatian ramai. Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan satu sindiket haji ekspres dikesan beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.

Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai Tabung Haji dan beberapa bekas kakitangannya. Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada jadual.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...