Edisi Gempak! Gambar Jet Peribadi Jackie Chan dipamer!

Oleh Kaki Wayang on




Sebuah jet peribadi milik pelakon dan pengarah terkenal, Jackie Chan dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di sini pada minggu lalu. Jet Legacy 650 itu yang berwarna putih, merah dan kuning diilhamkan daripada mitos haiwan naga dalam kepercayaan bangsa Cina. Chan menjadi duta syarikat Embraer yang mengeluarkan jet itu. Jet itu mempunyai 13 kerusi dan berharga AS$31.5 juta (RM95.87 juta), lapor agensi berita AFP semalam.
 
Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada kempen promosi penjualan oleh syarikat Embraer. "Asia Pasifik, seperti yang anda ketahui, merupakan satu pasaran yang semakin berkembang," kata Presiden Embraer, Ernets Edwards. Asia kini mempunyai bilangan jutawan kedua paling ramai selepas Amerika Syarikat, menurut kajian Pengurusan Kekayaan Merrill Lynch Global dan Capgemini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...