Edisi Gosip! Putus Tunang Kerana Khairul Fahmi Che Mat?

Oleh Kaki Wayang on

Sebetulnya kami juga masih kabur dengan perkara ini. Seorang yang tidak dikenali telah mencipta satu akaun Twitter dan menghebahkan pada umum yang penjaga gol kebangsaan yang juga berada pada tahap selebriti, Khairul Fahmi Che Mat dikatakan telah putus perhubungan dengan Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.
Anda mungkin menganggap ini sebagai satu perkara biasa, cuma yang luar biasa di sini mungkin, ialah gadis bernama Leuniey ini merupakan tunangan orang yang baru bertunang hujung bulan Disember 2011. Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan.

Untuk membaca sendiri tweets dari pereka akaun Twitter, anda boleh klik di sini. Menurut MahsiH2, dia hanya ingin menunjukkan siapa sebenarnya Khairul Fahmi yang dakwanya, seorang ‘player’. Kami telah mendapat info tidak sahih yang pertunangan Leuniey berlangsung 29 Disember 2011 dan sumber info telah memberikan gambar ini:




Kalau betul, cantik juga orangnya. Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%. Mungkin juga Leuniey ini sekadar…ahem…adik angkat Khairul Fahmi sahaja.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...