Syukur Alhamdulillah..”Eh, dah
besar dah engko?”..“Dulu kecik je aku tengok kat kampung..keluar rumah pun
jarang..dalam sebulan adalah dalam sekali mak cik jumpa ko Azri..” begitulah
keadaannya setelah aku duk lama diperantauan..setiap kali balik ke kampung
kenyataan itu pasti akan diulang-ulang oleh sesiapa jua yang melihat
aku..al-maklumlah..dulu berat badan 43kg je..sekarang setelah duk 7 tahun kat
tempat orang, berat pun dah cecah 65kg..satu kenyataan yang betul-betul aku tak
mampu dan tak nak percaya walau sedikit..
Nak buat macam mana kan..itulah kenyataan..ada pasang surutnya..dulu kat kampung aku digelar pemalu (sangat..!!! sila muntah pink biru air laut)..sampaikan kat sekolah pun aku dikenali dalam kalangan guru-guru dan kawan-kawan yang lain sebagai seorang yang pendiam dan pemalu..pernah sekali Mak datang ke sekolah dengan tujuan untuk mengambil “Buku Rekod”..kemudian cikgu bertanya..”Azri ni kat rumah macam mana eh? Dia belajar tak?”..Mak dengan konfiden menjawab..”Sebagai Mak, saya “salute” Azri..dia jarang tengok TV dan tak pernah keluar waktu malam dengan kawan-kawan..keje dia asyik belajo je”..Kata Mak..
Dipendekkan cerita (Skip bab
belajo)..
Kat sekolah (sebagai guru) aku
dikenali dengan guru yang “hensem”, segak, tampan dan bergaya dalam kalangan
murid-muridku..(ok yang ni aku nak korang muntah hijo pula kali ni)..serius
hensem..hahahahaha..tapi didalam kelas aku entah macam mana aku boleh mendapat
kuasa tahap GABAN..mengajar dengan tegas..sampaikan Mak kata suara aku masa
mengajar leh sampai ke rumah..(rumah aku ngan sekolah hanya 100m dari sekolah) pelik
kan…?
AMARAN KERAS: Sila abaikan gambar-gambar yang ada yer..tak de kena mengena dengan entri..
Ok skip lagi..
Tak pelah..sambung akan datang..sebenarnya tajuk hari nak citer sala gemuk tak gemuk je..ntah leh pula melalut sampai ke cerita hensem tak hensem..