Edisi Hangat! Susulan Kisah Nenek: Ingatkan usia 15 tahun rupanya 116 tahun

Oleh Kaki Wayang on


Puan Ahmad, seorang warga tua di sini yang berada dalam keadaan dilema ekoran dikatakan berusia 15 tahun 10 bulan berdasarkan catatan dalam MyKadnya, berubah wajah semalam apabila mengetahui rupa-rupanya dia berumur 116 tahun.

Maklumat itu diketahui berdasarkan rekod yang disemak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis yang mendapati bahawa warga tua tersebut sebenarnya telah dilahirkan pada tahun 1896 di Kodiang, Kedah.

Menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, penemuan tersebut sekali gus menjadikan Puan Ahmad sebagai orang tertua di negeri ini.

"Saya telah meminta JPN Perlis siasat kes Puan Ahmad dan mereka dapati dia sebenarnya telah dilahirkan pada tahun 1896.

"MyKad Puan tiada kesilapan tetapi sah sebab terdapat tanda '*' pada hujung nombor tersebut bagi memberi keunikan," katanya selepas melawat Puan di rumahnya di Kampung Padang Keria, Simpang Empat di sini semalam.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Penolong Pegawai Pendaftaran JPN Perlis, Mohd. Asri Jaafar yang memberi penerangan mengenai kes tersebut.

Akhbar semalam melaporkan mengenai seorang warga tua yang memiliki 47 orang cicit tidak sanggup lagi menghadapi dilema mengenai usianya yang dikatakan hanya 15 tahun 10 bulan berdasarkan catatan dalam MyKad.

Umur Puan Ahmad diambil kira berdasarkan MyKad yang diperolehnya, beberapa tahun lalu daripada JPN Kuala Nerang, Kedah iaitu 960412-02-0558*. Tanda '*' pada penghujung nombor MyKad tersebut turut membingungkan warga tua itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...