Edisi Sentap! Pelajar Panggang Hamster hidup-hidup Di Parti Liar!

Oleh Kaki Wayang on

Pelajar Panggang Hamster Di Parti Liar

Polis telah menahan seorang pelajar berusia 20 tahun yang didakwa telah memanggang seekor tikus hamster di dalam kuali sehingga mati di sebuah parti liar yang diadakan di sebuah rumah. Jiran-jiran di sekitar rumah tersebut telah mengadu kepada pihak berkuasa tempatan mengenai hiruk pikuk parti yang tidak terkawal itu dan pegawai polis yang hadir menemui seekor hamster yang hangus di dalam kuali di bahagian dapur.

Siasatan polis sedang berlangsung untuk menentukan sama ada hamster yang malang itu mati akibat dipanggang atau telah mati sebelum dipanggang di dalam kuali oleh pelajar tersebut. Menurut pegawai polis yang terlibat dengan kes berkenaan, pelajar itu ditahan kerana disyaki telah menyebabkan penderitaan terhadap haiwan yang dilindungi di negara itu. Bagaimanapun, pelajar itu telah dilepaskan pihak berkuasa atas jaminan sehingga siasatan tersebut selesai dijalankan.

“Dia telah dilepaskan dengan jaminan sementara siasatan masih dilakukan,” jelas jurucakap Jabatan Polis Yorkshire Utara yang dipetik dari Dailymail.uk.com baru-baru ini.

Tahun lalu, mereka menerima sebanyak 159,686 aduan mengenai kes penderaan haiwan dan sebanyak 2,441 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah.

Seorang lelaki, Paul Henry, 45, telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara atas sabit kesalahan membunuh kucing peliharaannya, ‘Callous’ dan ‘Suzie’. Di dalam kes sadis tersebut, Henry didakwa memasukkan kucing-kucingnya ke dalam peti ketuhar mikro sehingga ‘masak’.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...