Edisi Sentap! Pengetua Sekolah cari pelacur di Internet!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang pengetua di sebuah sekolah ternama di republik ini bersama beberapa penjawat awam kanan disiasat kerana melanggan pelacur daripada sindiket maksiat di Internet, menurut laporan media tempatan. Penjawat awam itu disyaki apabila Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis (PID) melakukan beberapa serbuan terhadap sindiket maksiat akhir Disember lalu, lapor akhbar Shin Min.

Senarai nama pelanggan sindiket yang didedahkan antara bukti yang dirampas dalam serbuan bersar-besaran itu. The Straits Times melaporkan kira-kira 80 orang, termasuk penjawat awam membantu polis dalam siasatan terhadap operasi maksiat di Internet.

Menurut laporan Shin Min, penjawat awam berpangkat tinggi itu, termasuk pengetua terbabit sudah meletakkan jawatan. Penjawat awam itu bertugas di pelbagai jabatan kerajaan - kebanyakannya daripada jabatan pendidikan dan kakitangan berpakaian seragam.

Menurut laporan itu, pengetua terbabit tinggal di kondominium mewah di timur negara itu bersama keluarganya. Setiap unit kediaman di kawasan itu mencecah harga pasaran sekurang-kurangnya SGD$1 juta (RM2.5 juta) dan semua penduduknya memandu kereta mewah. Lelaki berusia 39 tahun itu sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...