Edisi Sentap! Remaja dipenjarakan Kerana Bercium!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dimasukkan ke pusat juvana selama tiga tahun di Emriah Arab Bersatu (AUE), selepas ditangkap bercium bersama dua remaja perempuan yang juga adik beradik.

Bapa mereka bertindak menghubungi polis, apabila menemui mereka melakukan perbuatan itu di rumahnya di Abu Dhabi.

Dia dituduh melakukan serangan seksual, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, memberitahu hakim bahawa dua remaja perempuan berumur 13 tahun itu membenarkannya masuk dan kejadian itu bukan kali pertama, berikutan mangsa menjemputnya masuk ke dalam rumah serta rela berkucup.

Dalam perbicaraan Ahad lalu, dua remaja perempuan itu enggan menjawab soalan, mahu pun menafikan dan mengaku terhadap dakwaan terbabit.

Hakim menetapkan remaja lelaki itu boleh ditahan sehingga berumur 18 tahun, tetapi boleh dibebaskan jika dia menunjukkan keinginan untuk berdisiplin.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...